Saiyidina Ali R.A. bukan sahaja seorang
sahabat besar Rasullullah S.A.W. serta yang paling dicintai oleh baginda bahkan
beliau juga seorang manusia luarbiasa yang memiliki ilmu bagaikan lautan,
kefasihan lidahnya yang tiada bandingan sebagai seorang ahli sastera dan
pidato, di samping seorang pahlawan yang tiada seorangpun dapat menafikan
kehandalannya di antara barisan pahlawan-pahlawan yang terbilang.Beliau telah
memeluk Islam ketika berumur 8 tahun dan merupakan kanak-kanak yang mula-mula
sekali memeluk Islam. Setengah riwayat menyatakan bahawa beliaulah yang paling
dahulu Islam dari Saiyidina Abu Bakar Al-Siddiq R.A. Saiyidina Ali Bin Abu
Talib termasuk ahli keluarga Rasulullah S.A.W. sendiri kerana beliau adalah
anak saudara baginda yang membesar dalam asuhan dan pemeliharaan Nabi S.A.W.
Saiyidina Ali R.A. dilahirkan dalam Kaabah, kiblat yang menjadi kerinduan ummat
Islam. Mula-mula yang dilihatnya ialah Muhammad S.A.W. dan Siti Khadijah sedang
sembahyang. Ketika beliau ditanyakan kenapa memeluk Islam tanpa lebih dahulu
mendapat izin ayahnya, Ali R.A. menjawab, "Apa perlunya aku benmesyuarah
dengan ayah demi untuk mengabdi kepada Allah? Pada mulanya agama Islam hanya
berkembang di sekitar lingkungan rumah Rasulullah S.A.W. sahaja, yakni berkisar
pada diri Rasulullah S.A.W., isterinya Siti Khadijah,Ali dan Zaid Bin Haritsah.
Pada suatu hari Nabi Muhammad S.A.W. telah mengundang sekelian sanak saudaranya
pada satu jamuan di rumahnya. Setelah mereka itu datang maka Rasulullah S.A.W.
pun menerangkan kepada mereka itu tentang agama Islam yang dibawanya itu. Maka
Abu Lahab memutuskan pembicaraannya serta menyuruh hadirin yang lain supaya
meninggalkan jamuan makan itu. Pada keesokan harinya Rasulullah S.A.W.
mengadakan pula jamuan makan, dan setelah selesai bensantap, maka bersabdalah
Rasul S.A.W.
"Saya rasa tak ada seorang yang membawa
sesuatu yang lebih mulia daripada yang ku bawa sekarang. Maka siapakah di
antara kalian yang akan menolongku? Tatkala mendengarkan rayuan Rasul itu
mereka semua marah lalu bangkit untuk meninggalkan rumah itu. Tetapi Ali yang
masih lagi belum baligh ketika itu lantas bangun seraya berkata, "Hai
Rasulullah, akulah yang akan menolongmu. Aku akan memerangi sesiapa sahaja yang
akan memerangimu , lalu disambut oleh hadirin dengan tertawa sambil
melihat-lihat Abu Talib dan anaknya itu. Kemudian meneka meninggalkan rumah
Rasul itu sambil mengejek-ejek. Saiyidina Ali R.A. pernah benkata, "Aku
telah menyembah Allah S.W.T. lima tahun sebelum disembah sesiapapun dari ummat
Muhammad ini. Bahkan beliau adalah salah seorang yang pertama bersembahyang
bersama Rasulullah S.A.W. Dalam hubungan ini Anas Bin Malik R.A. pernah
berkata, "Muhammad diangkat menjadi Rasulullah pada hari Isnin, sedang Ali
Bin Abu Talib sudah ikut sembahyang bersama baginda Rasul pada keesokan harinya. Abu Talib, bapa saudara Rasul adalah seorang
yang miskin lagi susah hidupnya serta mempunyai ramai anak. Maka dengan maksud
untuk meringankan beban Abu Talib itulah atas fikiran. Nabi S.A.W., Saiyidina
Abbas Bin Abu Muttalib telah mengambil Ja'afar menjadi tanggungannya sedang
Rasul sendiri mengambil Ali. Dengan hal demikian tumbuhlah Ali Bin Abu Talib
sebagai seorang pemuda di tengah-tengah keluarga Rasulullah dan langsung
memperoleh asuhan dan baginda. Saiyidina Ali R.A. banyak mengambil tabi'at Nabi
S.A.W. dan beliaulah yang terdekat sekali hubungannya dengan Rasul serta yang
paling dicintainya. Demikian akrabnya Saiyidina Ali R.A. dengan Rasulullah
S.A.W. hinggakan beliau hampir-hampir tidak pernah berpisah sejengkal pun dari
Rasulullah S.A.W. baik di waktu suka mahupun di waktu susah. Pergonbanannya
terhadap Islam dan Rasulnya adalah demikian besar sekali dan akan selamanya
menjadi contoh keutamaan yang tiada bandingannya dalam sejarah ummat Islam. Tatkala Rasulullah S.A.W. melakukan hijrah ke
Madinah di atas penintah Allah S.W.T. bagi menyelamatkan dirinya dari rencana
pihak musyrikin Quraisy yang bertujuan hendak membunuhnya, maka kepada
Saiyidina Ali R.A. ditugaskan oleh baginda untuk tidur di tempat tidurnya pada
malam yang sangat genting itu. Walaupun tugas itu sangat berat dan merbahaya
sekali namun Saiyidina Ali R.A. sebagai sifatnya seorang pejuang yang sejati,
telah menyanggupi tugas tersebut dengan hati yang ikhlas dan gembira, kerana
beliau mengerti bahawa berpeluang menyerahkan nyawanya demi untuk menebus
seorang Rasul. Bahkan beliau juga mengerti bahawa tugas yang dilaksanakannya
itu akan merupakan pengorbanan yang tidak ada tolok bandingannya di kemudian
hani. Setelah Rasulullah S.A.W. selamat sampai ke
Madinah, tidak lama kemudiannya tibalah pula rombongan Saiyidina Ali R.A.
Apakala ramai kaum Muhajinin sampai di kota Madinah itu, Rasullullah S.A.W.
telah mempersaudarakan antana golongan Muhajirin dengan golongan Ansar. Tetapi
anihnya dalam hubungan ini Rasulullah tidak mempersaudarakan Saiyidina Ali R.A.
dengan sesiapapun juga, hanya baginda berkata kepada Saiyidina Ali, demikian
sabdanya, "Wahai Ali, engkau adalah saudaraku di dunia dan saudaraku juga
di Akhirat. Demikian jelaslah bahawa baginda telah mempersaudarakan Saiyidina
Ali dengan diri baginda sendiri. Kesayangan Rasulullah S.A.W. terbukti dengan
menjodohkan Saiyidina Ali R.A. dengan puteri yang paling disayanginya iaitu
Fatimah AzZahrah, seorang wanita yang paling utama di syurga, padahal sebelum
itu Fatimah sudah pernah dilamar oleh Saiyidina Abu Bakar dan Saiyidina Umar Al
Khattab R.A. tetapi Rasul menolaknya dengan lemah lembut dan dengan cara yang
bijaksana. Sebagai seorang yang gagah berani dan sahabat
yang paling disayangi baginda Rasul, Saiyidina Ali R.A. tidak pernah
ketinggalan dalam mana-mana peperangan baik besar mahupun kecil yang dilakukan
oleh Rasulullah S.A.W. Beliau telah melakukan peranan yang penting dalam
Peperangan Badar yang terkenal itu. Ketika itu beliau merupakan seorang pemuda
yang gagah dan tampan masih dalam lingkungan 20an lagi. Dalam peperangan
itulah buat pertama kalinya Rasulullah S.A.W. telah menyerahkan panji-panji
peperangan kepada Saiyidina Ali R.A. dimana beliau telah menjalankan tugasnya
dalam peperangan tersebut dengan cemerlang sekali. Setelah peperangan tamat
para sahabat tidak menemui Nabi S.A.W. di tengah-tengah mereka. Dalam keadaan
mereka tertanya-tanya itu tiba-tiba muncul Rasulullah S.A.W. bersama Saiyidina
Ali R.A. seraya baginda bersabda, "Saya sebenarnya ada di belakang kalian
sedikit kerana merawati perut Ali yang luka. Dari peristiwa ini dapatlah
dilihat betapa besarnya kecintaan baginda tenhadap Saiyidina Ali R.A. dan
bagaimana pula besarnya pengorbanan Ali R.A. dalam menegakkan kemuliaan Agama
Islam.
Dalam apa jua peperangan yang dilakukan oleh Rasulullah
S.A.W., Saiyidina Ali R.A. tetap berada di samping baginda. Pada suatu ketika
iaitu dalam Perang Tabuk, tiba-tiba Rasulullah S.A.W. tidak membenarkan
Saiyidina Ali R.A. untuk menyertai baginda hingga sikap Rasulullah S.A.W. itu
telah dijadikan modal fitnah oleh pihak musuh-musuh Islam serta kaum munafik
konon baginda tidak senang hati terhadap Saiyidina Ali R.A. Jika tidak demikian
masakan baginda menegahnya menyertai perang. Sebagai seorang yang benar dan
mencintai kebenaran Saiyidina Ali R.A. kurang berasa senang mendengar
desas-desus yang kurang menyenangkan itu lantas beliau terus menjumpai Rasul
untuk meminta penjelasan. Sebagai menghilangkan keraguan beliau itu, Rasul lalu
bersabda kepadanya,"Tidakkah engkau rela hai Ali, kedudukanmu di sisiku
seperti kedudukan Harun di sisi Musa ?" Mendengankan kata-kata
Rasulullah s.a.w yang menyejukkan jiwanya itu maka barulah puas Saiyidina Ali
R.A.
Perkataan Rasul itu terang memperlihatkan
betapa besarnya kecintaan dan penghormatan baginda terhadap dirinya. Dalam Perang Khaibar pula di mana sebuah ibu
kota kaum Yahudi sukar dapat ditakluki oleh angkatan tentera Islam, Saiyidina
Ali R.A. telah memainkan peranannya yang utama sekali. Pada mulanya pihak Islam
gagal untuk menakluki kota tersebut sekalipun telah dilakukan pengepungan
beberapa hari lamanya. Dalam detik-detik yang sukar itulah akhirnya Rasulullah
S.A.W. bersabda "Saya akan menyerahkan panji-panji peperangan esok
pada seorang lelaki yang mencintai Allah dan RasulNya dan dicintai oleh Allah
dan RasulNya". Sekelian panglima pasukan masing-masing
mengharapkan agar dirinya akan diserahkan panji-panji tersebut kerana setiap
mereka bercita-cita hendak mendapatkan kemuliaan yang begitu besar sebagai
seorang yang mencintai Allah dan RasulNya dan dicintai pula oleh Allah dan
RasulNya. Pada keesokan harinya, setelah selesai sembahyang subuh
Rasulullah S.A.W. lantas mencari-cari Saiyidina Ali R.A. Nyatalah bahawa
Saiyidina Ali R.A. tidak ada di situ kenana ketika itu Ali R.A. mengidap sakit
mata. Kemudian bersabdalah Rasul "Panggillah Ali ke mari menjumpai saya,
Saiyidina Ali R.A. yang sedang sakit kedua matanya itu lalu datang mengadap
Rasulullah S.A.W. seraya baginda pun meludah kepada mata beliau yang sakit itu.
Maka dengan serta merta sahaja sembuhlah mata beliau. Kemudian Rasul pun
menyerahkan panji-panji kepada Saiyidina All R.A. Maka benteng yang sudah
berhani-hari tidak dapat ditembus itu akhirnya dapat dikalahkan di bawah
pimpinan panglima Ali Bin Abu Talib R.A. Satu lagi peperangan di mana Saiyidina Ali
Bin Abu Talib R.A. memperlihatkan kegagahan dan keberaniannya yang luarbiasa
ialah tatkala berlakunya Perang Khandak atau Ahzab. Perang ini adalah antara
pihak Islam dengan angkatan musyrik Mekah yang mendapat bantuan dari puak-puak
Arab yang lain serta orang-orang Yahudi. Orang-orang Islam telah menggali
parit-parit yang digelarkan Khandak di sekeliling kota Madinah sebagai jalan
untuk membendung kemaraan pihak musuh danipada memasukinya. Jumlah pihak musuh
adalah kira-kira 10,000 orang tetapi mereka tidak dapat masuk kerana tenhalang
oleh parit-parit. Namun begitu mereka terus mengepung kota itu selama 15 hari
lamanya. Kemudian Allah S.W.T. turunkan angin ribut dari tentera Allah yang tak
kelihatan memukul dan menerbangkan khemah-khemah serta alat perang musuh
sehingga mereka pun mengundurkan diri dengan penuh kekecewaan. Semasa peperangan inilah diriwayatkan bahawa
beberapa pahlawan musynik Quraisy telah dapat menyeberangi parit dengan
mengenderai kuda. Di antara mereka ialah Amru Bin Abdi Wid, Ikrimah Bin Abu
Jahal dan Dhiraar Ibnul Khattab. Apakala mereka itu telah berada di seberang
parit, tiba-tiba Amru Bin Wid telah bertempik meminta lawan untuk beradu
kekuatan dengan pihak pahlawan-pahlawan Islam. Dia mencabar seraya berkata,
"Siapa di antara kalian yang berani berlawan denagan aku, silakan!
Cabaran itu lantas disambut oleh Saiyidma Ali R.A. yang kemudiannya terus
meminta izin dari Rasulullah S.A.W. untuk melawan pahlawan musyrik itu. Kata
Ali R.A., "Saya akan melawan dia, ya Nabi Allah, Izinkanlah saya. Tetapi
Rasulullah S.A.W. telah menahannya dengan sabdanya, "Duduklah engkau hai
Ali! Tidakkah engkau tahu dia Amru. Amru kemudian minta lawan lagi berulang-ulang
hingga dua kali. Setiap ia mencabar, Saiyidina Ali R.A. telah berdiri
menyahutnya tetapi Rasulullah senantiasa menyuruhnya duduk sambil mengingatkan
bahawa lawannya itu bukan padannya kenana Amru itu memang terkenal gagah lagi
perkasa. Namun begitu Saiyidina Ali R.A. tetap juga mengatakan, "Sekalipun
dia itu Amru, hai Nabi Allah, saya tidak takut melawannya. Izinkanlah saya
menemuinya. Akhinnya Rasulullah S.A.W. mengizinkannya untuk melawan musuh yang
keadaan orangnya lebih tua, lebih besar lagi lebih berpengalaman dari dirinya
itu. Sebelum Saiyidina Ali R.A. pergi mendapatkan musuhnya yang menanti itu,
Rasulullah S.A.W. telah membekalnya dengan pedangnya lalu kemudian berdoa ke
hadrat Allah S.W.T. untuk keselamatan Saiyidina Ali Bin Abu Talib R.A.
idak lama kemudian tampillah Saiyidina Ali
R.A. ke hadapan. Manakala Amru melihatnya dia tidak dapat mengenalinya kerana
muka dan kepala Saiyidina Ali R.A. bertopeng besi lalu ditanyainya:
Siapa engkau, hai pahlawan?
Siapa engkau, hai pahlawan?
Jawapnya, "Ali!
Tanya Amru lagi, "Ali, anak Abdul Manaf?
Jawab Ali R.A. "Ali, anak Abu Talib
Mendengar nama itu Amru enggan hendak melawannya seraya katanya untuk memperkecilkan kehandalan Ali R.A. "Wahai anak saudanaku! Lebih baik orang lain sahaja engkau suruh melawan aku. Panggillah paman-pamanmu yang lebih kuat danipadamu. Aku benci menumpahkan darahmu, kerana aku memandang ayahmu seonang sahabat baikku. Saiyidina Ali R.A. lalu menjawab, "Tetapi aku, demi Allah, tak benci menumpahkan darahmu. Demi mendengarkan jawapan itu maka menjadi marahlah Amru dan mulalah ia hendak menyerangnya. Tetapi Saiyidina Ali R.A. lalu benkata, "Macamana aku hendak bertempur denganmu padahal engkau di atas kuda. Turunlah ke mari sama-sama aku di bawah.
Mendengar itu Amru telah menghambur dari kudanya, dihunusnya pedangnya itu dan untuk menunjukkan garangnya ditetak kudanya dicencangnya mukanya supaya tak boleh lari. Kemudian ía mara ke hadapan mendapatkan Saiyidina Ali R.A. yang disambut pula olehnya dengan mengacukan perisainya yang dibuat daripada kulit. Amru telah menetaknya, perisainya tersiat sedang pedangnya pula melekat di situ dan mengenai kepala Saiyidina Ali R.A. Maka Saiyidina Ali R.A. pun membalas menetak bahu Amru. Ia lalu tersungkur rebah serta mati di situ juga. Saiyidina Ali R.A. lantas memekikkan takbir, "Allahu Akbar yang disambut pula dengan pekikan takbir yang bengemuruh di angkasa oleh kaum Muslimin yang menyasikannya, sebagai tanda kesyukunan di atas kemenangannya. Dan dengan kematian Amru itu kawan-kawannya yang lain bertempiaran lari mengundurkan diri.
Rasulullah S.A.W. selalu memilih Saiyidina Ali R.A. untuk diberikan tugas dalam pekerjaan-pekerjaan yang amat berat, yang memerlukan keberanian yang luarbiasa serta ketabahan yang besar. Pada suatu masa, Rasulullah S.A.W. telah mengutus pahlawan Islam Khalid Bin Walid ke negeri Yaman untuk melaksanakan tugas sebagai pemenintah dan mubaligh Islam di negeri itu. Setelah bekerja selama enam bulan ternyata Khalid tidak berjaya memperoleh hasil yang diharapkan walaupun setelah bekerja bertungkus lumus. Kemudian Rasulullah S.A.W. pun mengutus pula Saiyidina Ali R.A. untuk menggantikan tempat Khalid Bin Walid sebagai mubaligh dan pemenintah di sana. Demi apakala penduduk Yaman mendengar bahawa Saiyidina Ali R.A. yang telah mereka kenal Sebagai Harimau Padang Pasir itu ditugaskan sebagai pemerintah yang baru maka bersegeralah mereka berkumpul hingga akhirnya Saiyidina Ali R.A. dapat melakukan sembahyang subuh bersama-sama mereka itu. Setelah selesai sembahyang subuh, Saiyidina Ali R.A. pun membacakan surat dakwah di hadapan para hadirin. Maka seluruh penduduk dan kaum Hamdan sekeliannya memeluk Islam pada hari itu. Dalam laporan yang dikirimkan oleh beliau kepada Rasulullah S.A.W. Saiyidina Ali R.A. telah mengisahkan peristiwa yang telah terjadi itu. Setelah Rasul S.A.W. membaca laporan tersebut segeralah baginda sujud menyembah Allah sebagai tanda syukur atas kejadian itu senaya bersabda, "Sejahteralah penduduk Hamdan.
Selaku pemerintah dan mubaligh di Yaman, Saiyidina Ali R.A. juga telah diperintahkan untuk menjadi hakim dalam bidang pengadilan. Oleh kenana beliau berasa dirinya kurang ahli dalam bidang pengadilan itu maka dengan terus-terang dan ikhlas beliau berkata kepada Rasul S.A.W., "Ya Rasul Allah, saya tidak mengerti dan tidak mempunyai keahlian yang cukup mengenai hal pengadilan ini. Mendengar perkataan Saiyidina Au R.A. itu segeralah Rasulullah S.A.W. menyapu dada beliau dengan tangan Rasulullah S.A.W. sendiri sambil bersabda, "Ya Allah, bukalah dada Ali untuk menerima ilmu dan lapangkanlah ucapannya dalam soal pengadilan". Adalah diriwayatkan bahawa berkat doa Nabi Muhammad S.A.W. itu Saiyidina Ali Bin Abu Talib R.A. kemudiannya menjadi seorang hakim yang bijak lagi adil hukumannya. Baik di zaman Saiyidina Abu Bakar Al-Siddiq R.A. mahupun di zaman Saiyidina Umar Al Khattab R.A. selalulah Saiyidina Ali R.A. diajak bermesyuarah dalam memutuskan sesuatu masalah yang dihadapi oleh Khalifah-Khalifah itu. Bahkan Saiyidina Umar Al Khattab R.A. biasanya enggan memutuskan sesuatu keputusan sebelum lebih dahulu Saiyidina Ali R.A. diajaknya berunding.

Demikianlah beberapa kisah riwayat tentang
peranan yang pernah dilakukan oleh Saiyidina Ali Bin Abu Talib di zaman
hidupnya Rasulullah S.A.W. Ketika Rasulullah S.A.W. wafat, Saiyidina Ali R.A.
tidak mempunyai kesempatan untuk menyertai pertemuan para sahabat dan golongan
Muhajirin dan Ansar di Balai Bani Saidah hingga terpilihnya Saiyidina Abu Bakar
Al-Siddiq sebagai Khalifah. Sebabnya ialah ketika itu beliau sibuk menguruskan
jenazah Rasulullah S.A.W. Pada hari yang penuh dukacita itu, beliau sama sekali
tidak menghiraukan permesyuaratan yang berlangsung di Balai Bani Saidah itu
kerana beliau sibuk dengan tugas-tugas pengkebumian jenazah Rasulullah S.A.W.
serta mententeramkan sekelian keluarga Rasul S.A.W.
Permesyuaratan di Balai Bani Saidah
hampir-hampir sahaja menimbulkan keadaan yang kacau tetapi akhirnya dapat
ditenteramkan dengan terpilihnya Saiyidina Abu Bakar R.A. sebagai Khalifah
pertama sesudah Rasulullah S.A.W. Pada mulanya Saiyidina Ali R.A. enggan
memberikan persetujuannya terhadap pemilihan Abu Bakar Al-Siddiq R.A. sebagai
Khalifah, bukan kerana benci atau kurang senang terhadap Saiyidina Abu Bakar
R.A. bahkan kerana rasa hati beliau yang sedang remuk redam disebabkan
hilangnya Rasulullah S.A.W. Enam bulan kemudian setelah isteri beliau
iaitu Siti Fatimah meninggal dunia, maka baharulah Saiyidina Ali Bin Abu Talib
R.A. memberikan persetujuannya secara rasmi terhadap pengangkatan Saiyidina Abu
Bakar R.A. sebagai Khalifah. Saiyidina Abu Bakar R.A. pun selaku pemerintah
ummat yang agung, tidak pernah meninggalkan Saiyidina Ali R.A. di dalam permesyuaratan
penting.
Apakala Saiyidina Umar Al Khattab menjadi
Khalifah yang kedua, Saiyidina Ali R.A. tetap memperoleh kemuliaan dan
penghormatan dan Saiyidina Umar R.A. sepertimana yang dinikmatinya semasa
pemenintah Abu Bakar R.A. Walaupun diketahui bahawa Umar Al Khattab terkenal
sebagai sahabat yang sangat ahli dan bijak dalam bidang hukum, namun baginda
sering minta bantuan kepada Saiyidina Ali R.A. di dalam menyelesaikan beberapa
hal yang sulit-sulit bahkan pernah diriwayatkan orang bahawa Saiyidina Umar Al
Khattab R.A. tidak suka merundingkan soal-soal yang sulit tanpa dihadiri oleh
Saiyidina Ali Bin Abu Talib.
Setelah wafat Saiyidina Umar Al Khattab
jawatan Khalifah akhirnya jatuh pula ke tangan Saiyidina Uthman Bin Affa'n R.A.
Namun begitu Saiyidina Ali R.A. tetap memberikan persetujuannya serta
ketaatannya kepada Khalifah Uthman R.A. sekalipun dirinya juga bercita-cita
agar terpilih sebagai Khalifah. Sungguhpun demikian, kesayangan Khalifah Uthman
yang berlebih-lebihan terhadap kaum kerabatnya sendiri menyebabkan pandangan
Saiyidina Ali R.A. dalam beberapa hal berubah terhadap Khalifah. Bahkan
sebahagian danipada penduduk melihat seolah-olah terdapat keretakan dalam
hubungan antara dua tokoh besar itu. Keadaan inilah yang menyebabkan
setengah-setengah pihak yang memusuhi Saiyidina Ali R.A. menuduh Saiyidina Ali
R.A. terlibat dalam pembunuhan Saiyidina Uthman Bin Affan R.A. Padahal yang
sebenarnya Saiyidina Ali R.A. sama sekali tidak bertanggungjawab dalam perkara
yang terjadi ke atas Khalifah Uthman R.A. Bahkan beliaulah sahabat yang paling
mengambil berat terhadap keselamatan Khalifah. Ketika rumah Khalifah Uthman
R.A. dikepung oleh puak pemberontak, Saiyidina Ali R.A. segera mengirim
puteranya Saiyidina Hasan R.A. supaya menjaga keselamatan Khalifah. Tetapi
ketika Saiyidina Hasan Bin Ali R.A. datang ke rumahnya untuk menawarkan
bantuan, Khalifah Uthman R.A. menolak bantuannya serta menyuruhnya pulang.
Lebih dari itu, apakala Saiyidina Ali R.A. mendengar khabar tentang pembunuhan
Khalifah Uthman R.A. beliau telah memukul anaknya Hasan R.A. serta mengancam
Muhammad Bin Talhah kerana dianggapnya kurang rapi menjalankan tugas menjaga
keselamatan Saiyidina Uthman R.A.
Saiyidina Ali R.A. akhinnya telah dipilih
kemudiannya sebagai Khalifah selepas kewafatan Khalifah Uthman R.A. sedang
ketika itu sebahagian besar para sahabat Rasulullah S.A.W. sudah berselerak di
pelusok kota-kota di seluruh wilayah Islam. Yang masih tinggal di Madinah hanya
sebahagian kecil sahaja.
Setelah jawatan Khalifah jatuh kepadanya maka
baharulah Saiyidina Ali R.A. cuba bemtindak untuk membawa garis politik seperti
yang pernah dijalankan oleh Rasulullah S.A.W., Khalifah Abu Bakar R.A.
dan Khalifah Umar Al Khattab R.A. Tetapi keadaan masyarakat dan ummat sudah
jauh berubah disebabkan perkembangan ekonomi dan pembangunan yang diakibatkan
oleh perluasan takluk Islam. Cita-cita Saiyidina Ali R.A. untuk membawa kembali
dasar pemerintahan ummat sebagaimana zaman Rasulullah dan Saiyidina Abu Bakan
R.A. dan Umar R.A. telah menghadapi rintangan dari pihak-pihak yang bersimpati
dengan Saiyidina Uthman R.A. yang menuduhnya bentanggungjawab dalam penistiwa
pembunuhan itu.
Disebabkan adanya golongan yang keras
rnenentang sikapnya itu seperti Muawiyah Bin Abu Sufyan dan pembantunya Amru
Bin Al As maka tenjadilah satu penbalahan yang sengit antana dua golongan
itu. Satu pertelingkahan yang panjang yang mengakibatkan pertumpahan
darah di antana sesama ummat Islam. Muawiyah berkeras enggan mengakui Saiyidina
Ali Bin Abu Talib sebagai Khalifah senta menuntut baginda mengenakan hukuman
tenhadap orang-orang yang bertanggungjawab dalam pembunuhan Saiyidina Uthman
R.A. Sedang Saiyidina Ali R.A. pula terlebih dahulu telah memecat Muawiyah
sebagai gabenor Syam dan juga tokoh-tokoh yang pemnah dilantik oleh Khalifah
Uthman R.A. atas dasan kekeluargaan. Akibatnya maka berlakulah peperangan yang
berpanjangan antara pihak Khalifah Ali R.A. dengan pihak penyokong Muawiyah Bin
Abu Sufyan yang terdiri dari penduduk negeri Syam. Kesudahan dari perbalahan
yang panjang itu Saiyidina Ali Bin Abu Talib akhirnya telah mati terbunuh oleh
pengikut golongan Khawarij.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan