NAMA
|
UTHMAN BIN ‘AFAN BIN ABU
AL-ASB BIN UMAIYAH
|
KETURUNAN
|
BANI UMAIYAH
|
TARIKH LAHIR
|
576 MASIHI IAITU 6 TAHUN
SELEPAS TAHUN GAJAH
|
TEMPAT LAHIR
|
MEKAH AL-MUKARAMAH
|
JAWATAN
|
KHALIFAH YANG KETIGA
DARIPADA KHALIFAH AR-RASYIDIN
|
TARIKH MENJADI KHALIFAH
|
644 MASIHI BERSAMAAN 23
HIJRAH
|
TEMPOH MEMERINTAH
|
12 TAHUN
|
TARIKH WAFAT
|
18 ZULHIJJAH TAHUN 35
HIJRAH
|
SEBAB
KEWAFATAN
|
DIBUNUH
OLEH PEMBERONTAK
|
GELARAN
|
ZUNURAIN
( YANG MEMPUNYAI 2 CAHAYA KERANA TELAH MEMPERISTERIKAN 2 PUTERI RASULULLAH )
|
Di zaman kebangkitan Islam dahulu
terdapat beberapa sahabat yang terkenal kerana banyak mengorbankan harta-benda
dan kekayaannya untuk membela Agama Allah. Salah seorang di antara mereka yang
paling terkemuka sekali ialah Saiyidina Uthman Bin Affan R.A. Selain daripada
beliau ialah Saiyidina Abu Bakar Al Siddiq, Abdul Rahman Bin Auf dan lain-lain
lagi. Apatah lagi memang Saiyidina Uthman R.A. baik sebelum memeluk Islam
mahupun setelah Islam, merupakan satu-satunya tokoh saudagar dan peniaga yang
paling berjaya sekali. Dialah sahabat Rasul yang banyak mengorbankan
harta-bendanya bagi menegakkan perjuangan Islam. Saiyidina Uthman Bin Affan
R.A. adalah Khalifah Islam yang ketiga sesudah Saiyidina Umar Al Khattab R.A.
Beliau telah memerintah Kerajaan Islam hampir sebelas tahun lamanya dan tahun
Masihi 644 hingga 655 Masihi. Beliau memperoleh gelaran “Zun Nurain yang
ertinya yang memiliki dua cahaya. Sebabnya ialah kerana Rasulullah s.a.w. telah
mengahwinkannya dengan dua orang puterinya iaitu yang pertama kali dengan
Rugayyah dan sesudah wafatnya semasa Perang Badar, maka Rasulullah s.a.w. telah
mengahwinkannya pula dengan Kalthum. Demikian besarnya kecintaan dan
penghormatan Rasulullah s.a.w. terhadap Saiyidina Uthman R.A. Tatkala isterinya
yang kedua itu pula meninggal, Rasulullah s.a.w. telah berkata kepadanya, “Jika
ada anak perempuanku lagi hai Uthman, tentu engkau ku ambil sebagai menantu.
Sahabat besar ini termasuk orang-orang pertama yang masuk Islam. Beliau
datangnya dan suku atau puak Quraisy yang paling keras sekali tentangannya
terhadap agama Islam dan Rasulullah s.a.w., iaitu puak Umaiyah. Menurut catatan
sejarah, Saiyidina Uthman Bin Affan termasuk orang kelima diajak oleh Saiyidina
Abu Bakar Al Siddiq untuk memeluk Islam. Setelah memeluk Islam, Uthman R.A.
termasuk orang yang sangat dicintai oleh Rasulullah s.a.w. kerana kemuliaan dan
kehalusan budipekertinya. Memang sesungguhnya Saiyidma Uthman Bin Affan R.A.
terkenal sebagai seorang sahabat yang sangat tinggi budiperkertinya, sangat
penyantun, lemah lembut lagi pemalu. Sebagai memperlihatkan kecintaan dan
penghargaan Rasulullah s.a.w. kepadanya itulah maka beliau telah menjadi
pilihan baginda untuk dikahwinkan dengan puteri-puterinya seorang demi seorang
selepas meninggal seorang lepas satunya. Sebagai memuji keluhuran budi
akhlaknya itulah Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepadanya, “Malaikat sangat
malu kepadamu hai Uthman. Memang Rasulullah s.a.w. biasanya tidak keberatan
menerima kedatangan para sahabatnya dalam berpakaian yang biasa sahaja, tetapi
apakala diketahui bahawa Saiyidina Uthman R.A. akan datang mengunjunginya, maka
baginda pun mengenakan pakaiannya yang sewajarnya sebagai menghormati
sahabatnya yang disegani sendiri oleh para malaikat. Dalam suatu riwayat lain
adalah dikisahkan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, “Saya bermohon
kepada Tuhanku supaya tidak ada seorangpun yang pernah menjadi menantuku atau
menjadi mertuaku dimasukkan ke dalam neraka. Hal yang demikian itu tercapai
oleh Saiyidina Uthman R.A. kerana Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, “Tiap-tiap
Nabi mempunyai teman, dan Uthman adalah temanku di dalam syurga. Ketika suasana
pergolakan di Mekah menjadi tegang dan meruncing disebabkan kaum musyrikin
Quraisy melakukan tekanan yang hebat terhadap kaum Muslimin, Saiyidina Uthman
termasuk orang-orang yang turut melakukan hijrah ke Abyssinia. Saiyidina Uthman
R.A. berserta isterinya adalah termasuk rombongan yang menjalankan hijrah yang
bersejarah itu. Beliau tidak pernah memikirkan kerugian perniagaannya yang
ditinggalkannya itu kerana beliau sedar bahawa hijrah tersebut adalah termasuk
dalam usaha untuk menegakkan agama Allah. Sekembalinya beliau dan Abyssinia,
beliau pun tinggallah di kota Mekah buat sementara waktu. Kemudian beliau telah
melakukan hijrah pula ke Madinah untuk menyusul Rasulullah s.a.w. yang telahpun
lebih dahulu berhijrah di kota tersebut. Setelah berada di Madinah, Saiyidina
Uthman R.A. pun mulalah menjalankan usaha perniagaannya hingga beliau berjaya
menjadi saudagar yang kaya. Namun demikian beliau tidak teragak-agak sedikitpun
bagi mempergunakan seluruh kekayaan dan harta bendanya bagi menyahut seruan
jihad bagi menegakkan kesucian Islam. Sebagai seorang sahabat besar, banyak
sekali pengorbanan Saiyidina Uthman Bin Affan terhadap Islam. Di zaman
permulaan perjuangan Islam di Madinah, pernah kaum Muslimin menghadapi
kekurangan air, lalu Saiyidina Uthman Bin Affan telah membeli sebuah kolam yang
bernama Bir Ruma dan seorang Yahudi. Pada saat itulah Rasulullah s.a.w.
bersabda, “Barangsiapa yang antara kamu yang membeli sumur Ruma lalu
dijadikannya wakaf bagi keperluan kaum Muslimin serta ia menimba air sumur
tersebut maka orang yang berbuat demikian itu Allah akan menyediakan tempat
minuman baginya dalam syurga. Begitu juga tatkala Masjid Madinah rnenjadi terasa
sempit sebab semakin banyaknya orang yang bersyalat di dalamnya, maka dengan
spontan Saiyidina Uthman membeli lima rumah yang sederet di samping masjid
untuk dibongkar, kemudian dibangunkan tambahan masjid agar menjadi lebih luas
dan besar lagL Selain daripada pengorbanan harta benda, Saiyidina Uthman Bin
Affan R.A. juga adalah sahabat yang paling banyak membantu Rasulullah s.a.w.
dalam berbagai masalah. Beliau adalah salah seorang penulis wahyu dan juga
pernah menjadi utusan Rasul untuk menemui kaum Quraisy pada tahun keenam
hijrah. Disebabkan besarnya pengorbanannya terhadap Islam maka tidaklah
menghairankan kiranya beliau tergolong salah seorang yang paling diridhai oleh
Rasulullah s.a.w. pada waktu wafat baginda. Selain memiliki sifat pemalu,
Saiyidina Uthman R.A. ialah seorang sahabat akrab Rasulullah s.a.w. yang
masyhur dengan sifat waraknya, kuat beribadat dan amat taqwa kepada Allah, dia
mengerjakan segala perintah Allah dan sekali-kali tidak melanggar larangan
Allah. Pada tiap-tiap tahun beliau menunaikan ibadah Haji dan dalam sepanjang
tahun pula beliau berpuasa setiap hari kecuali pada hari-hari yang ditegah
berpuasa. Beliau sangat mengambil berat terhadap kaum keluarganya dan sangat
bertimbangrasa dan kasih mesra kepada mereka. Beliaulah juga seorang sahabat
yang sangat pemurah dan sangat takut akan kemurkaan Allah, bila beliau
mendengar bacaan Qur’an darihal azab api neraka maka air matanya bercucuran
keluar oleh rasa takutnya. Khalifah Uthman Bin Affan R.A. telah dipilih sebagai
Khalifah apabila wafatnya Saiyidina Umar Ibnul Khattab apakala beliau
menyatakan kesanggupannya secara tegas kepada AbduIl Rahman Bin Auf yang
bertindak sebagai formatir. Beliau ialah seorang sahabat yang tua tatkala
dilantik menjadli Khalifah iaitu ketika berumur 70 tahun. Beliau seorang yang
bersifat lemah lembut, tidak gemar menggunakan kekerasan dalam menjalankan
pemerintahannya, hal ini berbeza sekali dengan Saiyidina Abu Bakar dan
Saiyidina Umar R.A. yang menjadi Khalifah sebelum daripadanya, mereka
kedua-duanya mempunyai sifat tegas dalam menghadapi sesuatu masalah dalam zaman
pemerintahannya. Pada masa zaman pemerintahannya, keadaan pemerintahan Islam
dan semasa ke semasa mula menjadi bertambah luas dan mula menempuh satu zaman
peralihan dan kehidupan asal orang-orang Arab menuju suatu kehidupan baharu dan
pada zamannyalah bermulanya zaman kemewahan hidup yang timbul daripada hasil
penaklukan negeri-negeri yang baharu. Dalam zaman pemerintahannyalah
orang-orang Islam mula merasa hidup mewah dan menerima kemakmuran. Mereka yang
menghadiri majlis-majlis jamuan Khalifah Uthman pada zaman itu melihat
perbezaan besar jika dibandingkan dengan jamuan yang diadakan pada zaman
Khalifah Umar. Sebagai seorang Khalifah beliau merasa bahawa rakyatnya berhak
menikmati hidup yang makmur itu, tetapi beliau tidak membenarkan kepada
orang-orang Islam bersenang-senang dengan nikmat kemakmuran itu hingga
melanggar hukum Allah. Pada zaman beliau ramai daripada para sahabat Rasul
keluar meninggalkan bandar Madinah hermastautin di wilayah-wilayah yang baharu
diperintah oleh pemerintah Islam. Pemergian mereka itu tidak dilarang oleh
Saiyidina Uthman. Jikalau pada zaman pemerintahan Khalifah Umar para sahabat
tidak dihenarkan keluar dan bermastautin di negeri-negeri yang baharu
diperintah oleh orang-orang Islam, tetapi pada zaman Khalifah Uthman R.A.
tegahan itu dihapuskan. Saiyidina Uthman tidak begitu mengambil berat terhadap
gabenor-gabenor Islam yang memerintah di wilayah-wilayah Islam khususnya
mengenai perjalanan mereka, untuk menjaga nama baik mereka dan untuk
mengelakkan daripada perkara-perkara yang mungkin menimbulkan fitnah. Berlainan
dengan Saiyidina Umar R.A. yang sangat mengambil berat tentang kedudukan
wakil-wakilnya yang memerintah. Pada zaman peinerintahan Saiyidina Uthman Bin Affan
inilah mulai timbulnya beberapa masalah yang belum pernah berlaku sebelumnya.
Timbulnya peristiwa-peristiwa yang baharu itu bukanlah disebabkan oleh kecuaian
Saiyidina Uthman ataupun kerana beliau sengaja meringan-ringankan hukum, bahkan
hukuman-hukuman yang sewajarnya tetap dikenakan ke atas siapa juga yang
bersalah yang melanggar larangan Agama Islam. Tetapi bagaimanapun
percubaan-percubaannya itu tidak menghasilkan hasil yang baik berlainan dengan
apa yang dijalankan oleh Saiyidina Umar Ibnul Khattab dalam masa
pemerintahannya dan mi menyebabkan fitnah-fitnah makin banyak berlaku antara
pihak pemerintah dengan orang ramai. Satu perkara yang mungkin menjadi punca
kelemahan pemerintahan Saiyidina Uthman ialah sifatnya yang mudah dipengaruhi
oleh cakap-cakap orang lain terutama oleh kaum keluarganya sendiri. Mereka itu
pernah mencampuri urusan pemerintahan terutama salah seorang keluarganya yang
hernama Marwan Bin Hakkam. Perbuatannya yang membiarkan keluarganya campur
tangan dalam pemerintahan serta perlantikannya ke atas ramai anggota
keluarganya dalam pemerintahan itulah yang selalunya menimbulkan rasa tak
puashati di kalangan penduduk Madinah khasnya dan rakyat Islam umumnya. Selain
daripada itu ada lagi beberapa perkara yang dilakukan oleh Saiyidina Uthman
yang telah menimbulkan rasa tak puashati orang-orang Islam pada masa itu. Salah
satu danpada perkara-perkara itu ialah keputusan membenarkan bapa saudaranya Al
Hakam Bin Abi Al As dan beberapa orang keluarganya kembali semula ke Madinah,
padahal Al Hakam telah dipenintah keluar dari Madinah kenana sikap
penmusuhannya terhadap Rasulullah s.a.w. dan Saiyidina Uthman telah merayu
kepada Rasulullah pada masa hayatnya lagi meminta baginda membenarkan bapa
saudaranya itu kembali tetapi Rasulullah s.a.w. tidak membenarkan permintaannya
itu hingga pada zaman Saiyidina Abu Bakar R.A. dan Saiyidina Umar R.A. dia
tidak dibenarkan juga kembali. Apabila Saiyidma Uthman dilantik menjadi
Khalifah bapa saudaranya itu dihenarkan kembali ke Madinah., bukan setakat itu sahaja
namun apabila ia mati kuburnya dibina dengan indahnya dan anaknya yang bernama
Al Hanith dilantik pula menjadi pegawai menjaga tempat-tempat perniagaan di
Madinah. Sementara perlantikan Saiyidina Uthman ke atas anaknya Al Hakam yang
bernama Marwan menjadi sebagai menteni kepadanya itu dikecam hebat juga oleh
orang-orang Islam. Beberapa orang sahabat yang terkemuka telah membantah
perlantikan itu tetapi tidak dipedulikan oleh Saiyidina Uthman. Mengenai
pengkembalian bapa saudaranya ke Madinah, Saiyidina Uthman memberitahu
sahabat-sahabatnya bahawa beliau telah memohon persetujuan Rasulullah s.a.w.
dan itulah sebabnya beliau berani melakukan demikian. Selain daripada itu
orang-orang Islam merasa tak puas hati juga tenhadap pemecatan yang dilakukan
oleh Saiyidina Uthman ke atas pegawai-pegawai yang dilantik pada zaman
Saiyidina Umar Ibnul Khattab dan digantikan dengan orang-orang baru dari kaum
keluarganya. Perkara-perkara seperti yang tersebut itu berlakunya di Madinah
pusat pemerintahan Islam pada masa itu. Sementara di lain-lain wilayah Islam
tak sunyi juga daripada adanya golongan-golongan yang menaruh rasa curiga dan
tak puas hati terhadap Saiyidina Uthman R.A. Pemenintahan Saiyidina Uthman itu
mula menempuh satu percubaan yang besar iaitu dengan tumbuhnya punca fitnah di
Madinah yang akhirnya menjalar ke seluruh wilayah-wilayah Islam yang lain.
Tatkala itulah seorang musuh Islam bernama Abdullah Bin Saba, seorang Yahudi
yang mengaku dirinya memeluk Islam telah membangkitkan kemarahan rakyat
terhadap Khalifah Uthman R.A. dengan tujuan untuk memecah belahkan kaum
Muslimin sesama sendini. Seonang sahabat yang tenkenal bennama Abu Zar juga
telah menentang hebat pemerintahan Saiyidina Uthman R.A. dengan membuat cabaran
ke atas Khalifah itu dan juga ke atas Muawiyah yang pada masa itu sebagai wakil
Khalifah memerintah kota Damshik. Di negeri Syam Abu Zar telah termakan hasutan
dan Abdullah Bin Saba lalu menentang Muawiyah kerana menurut pendapatnya pernah
Mauwiyah mendakwa bahawa harta Baitulmal semuanya adalah kepunyaan Allah bukan
kepunyaan onang-orang Islam seolah-olah dia bercadang tidak akan membahagikan
harta baitulmal kepada orang ramai. Inilah hasutan yang dibuat oleh Abdullah
Bin Saba kepada sahabat tenkenal iaitu Abu Zar yang memang berjiwa militan dan
keras itu. Memandangkan bahaya dan pengaruh Abu Zar itulah maka akhinnya
Saiyidina Uthman Bin Affan mengambil tindakan untuk mengasingkan Abu Zar Al
Ghifari dari orang ramai lalu dibuangnya ke satu tempat bernama Raudah. Di
tempat pembuangannya itu beliau terus-menerus juga membuat kecaman ke atas
Saiyidina Uthman R.A. hingga akhin hayatnya beliau meninggal dunia pada tahun
31 Hijrah. Sementara itu kegiatan-kegiatan yang dilakukan secara gigih oleh
Abdullah Bin Saba untuk memecah-belahkan ummat Islam telah mendapat kejayaannya
di Mesir, Kufah dan Basrah. Beliau telah benjaya mempengaruhi jiwa orang ramai
dengan menyebarkan satu fahaman yang belum pernah dibawa oleh sesiapa sebelum
itu bahawa kononnya Nabi Muhammad s.a.w. ada menetapkan seorang penggantinya iaitu
Saiyidina Ali Bin Abu Talib R.A. Di Mesir Muhammad Bin Abu Bakar, iaitu anak
Khalifah Abu Bakar Al-Siddiq telah menyokong gerakan Abdullah Bin Saba itu
kerana didorong oleh pertalian kerabat antaranya dengan Saiyidina Ali R.A.
iaitu sebagai anak tiri kepada Saiyidina Ali Bin Abu Talib yang beristerikan
balu Saiyidina Abu Bakar R.A. iaitu Asma Binti Umais ibu Muhammad Bin Abu
Bakar. Muhammad Bin Abu Bakar menentang keras pemerintahan Saiyidina Uthman
kerana sepucuk surat yang dihantar oleh Marwan Bin Hakkam dari Madinah kepada
Abdullah Bin Saba, gabenor Mesir menyuruhnya membunuh Muhammad Bin Abu Bakar
dan juga membunuh sekelian orang yang menyokong Muhammad sama ada dan golongan
Muhajirin ataupun dan Ansar. Kesudahannya golongan-golongan yang menentang
Khalifah Uthman Bin Affan yang datangnya dan wilayah Mesir, Kufah dan Basrah
itu membuat satu pakatan menuju Madinah untuk mengemukakan tuntutan-tuntutan
meneka kepada Khalifah. Apakala mereka dapati tuntuntan-tuntutan mereka itu
tidak dapat ditunaikan sepenuhnya oleh Khalifah maka mereka pun melakukan
kepungan terhadap istana Khalifah Uthman Bin Affan. Setelah beberapa hari
melakukan kepungan, mereka akhirnya merempuh masuk lalu membunuh Khalifah
Uthman Bin Affan yang tenkenal kenana sifat sabar dan santunnya itu. Ketua
pemberontakan itu bernama Al Ghiffari telah memukul Saiyidina Uthman dan
kemudiannya diiringi pula oleh tetakan dengan pedang dari seorang pemberontak
lain, pukulan mana disanggah oleh isteni Saiyidina Uthman bernama Naelah dan
kena pada jari tangannya lalu putus. Akhinnya Saiyidina Uthman mati terbunuh
pada 35 Zulhijjah tahun 35 Hijrah dan akibat dan kewafatannya itu maka
bermulalah babak-babak yang mendukacitakan dalam lembaran sejarah Islam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan